Isnin, 24 Oktober 2011

BAB: 6 Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia

6.1        Cadangan ke Arah Pembentukan Malaysia
1.       Lord Brassey (Pengarah Syarikat Borneo Utara) mencadangkan penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1887.
2.       Sir Malcolm MacDonald (1948) mencadangkan Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
3.       Dato` Onn Ja`afar (1956) mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamakan Malaysia.
4.       Lim Yew Hock dan David Marshall mencadangkan penubuhan Malaysia pada tahun 1955.
5.       Lee Kuan Yew mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu sahaja.
6.       Tunku Abdul Rahman mengumumkan cadangan gagasan Malaysia pada 27 Mei 1961.

6.2        Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia
1.       Politik.
                                                         i.            Perkembangan Barisan Sosialis yang berhaluan kiri di Singapura.
                                                       ii.            Penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia menjadi benteng kukuh bagi membanteras ancaman komunis.
                                                      iii.            Mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.
                                                     iv.            Proses dekolonisasi British terhadap negara-negara kecil yang belum membangun.
                                                       v.            Idea penubuhan Malaysia selaras dengan hasrat dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang mendesak supaya tanah jajahan diberikan kemerdekaan.
2.       Ekonomi.
                                                         i.            Menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
                                                       ii.            Kerjasama ekonomi memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber di negeri-negeri anggota.
3.       Sosial.
                                                         i.            Mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum dalam kalangan negeri-negeri anggota.
                                                       ii.            Memajukan neger-negeri yang belum membangun seperti Sabah dan Sarawak.
                                                      iii.            Memperlihatkan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura.
6.3        Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia

            Reaksi Dalam Negeri
1.       Persekutuan Tanah Melayu.
                                                         i.            Semua parti politik menyokong penubuhan Malaysia.
                                                       ii.            Parti Islam Se-Tanah Melayu dan Barisan Sosialis mahukan idea ini dirunding terlebih dahulu dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
                                                      iii.            UMNO menyetujui penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura.
2.       Sarawak.
                                                         i.            Peringkat awal Sarawak menolak pembentukan Malaysia.
                                                       ii.            Kesemua parti politik di Sarawak akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia kecuali SUPP.
                                                      iii.            PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan PESAKA telah bergabung untuk membentuk Parti Perikatan Sarawak. Gabungan parti ini telah berjuang kea rah menyokong Sarawak menyertai Malaysia.
3.       Sabah.
                                                         i.            Pada bulan September 1961, kelima-lima parti politik iaitu UNKO, USNO, Parti Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah.
                                                       ii.            Kesemua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
                                                      iii.            Reaksi parti-parti politik Sarawak dan Sabah terhadap isu pembentukan Malaysia.

Parti Politik
Isu
SUPP
Bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu.
PESAKA, SNAP dan UNKO
Orang bukan Melayu dan kaum peribumi bimbang akan kehilangan identity dan dikuasai oleh orang Melayu.
Bimbang/risau sumber ekonomi Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA
Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu.
PANAS, BERJASA dan USNO
Kemajuan ekonomi dan social dibangkitkan.


Reaksi Negara Luar
Singapura       
1.       PAP pimpinan Lee Kuan Yew menyokong penubuhan Malaysia kerana bimbang akan parti berhaluan kiri dan ingin mempertahankan kedudukannya.
2.       Barisan Sosialis menuduh penubuhan Malaysia sebagai penjajahan bentuk baharu.
3.       Parti Buruh dan Parti Rakyat Bersatu menginginkan pandangan rakyat Singapura dan satu referendum diadakan pada tahun 1962.
4.       Keputusan referendum menunjukkan bahawa rakyat Singapura memilih penggabungan seperti yang telah dipersetujui pada bulan November 1961.

Brunei
1.       Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin pada peringkat awalnya menyokong gagasan Malaysia.
2.       Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A. M. Azahari menganggap Malaysia sebagai neokolonialisme dan melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU).
3.       Pemberontakan telah dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.

Filipina
1.       Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi menuntut Sabah sebagai haknya.
2.       Kerajaan Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
3.       Tuntutan dibuat berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck.
4.       Baron Von Overbeck telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan dan berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada kerajaan British.
5.       Syarikat tersebut dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB) pada tahun 1881 dan memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
6.       Pada tahun 1946, SBUB telah menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British.
7.       Waris Sultan Sulu yang terakhir, Sultan Esmail Kiram mengistiharkan pajakan tersebut tamat pada 22 Januari 1958.
8.       Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia pada bulan Jun 1966 menerusi usaha-usaha membaiki hubungan antara kedua-duanya melalui MAPHILINDO.

Indonesia
1.       Penubuhan Malaysia dianggap sebagai neokolonialisme.
2.       Mengistiharkan Dasar Konfrontasi terhadap Persekutuan Tanah Melayu.
3.       Konsep Ganyang Malaysia diumumkan pada 20 Januari 1963.
4.       Tindakan yang diambil oleh Indonesia;
a)       Serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu.
b)       Pencerobohan udara.
c)       Melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
d)       Memburuk-burukkan nama Malaysia di negara Afro Asia dan negara Dunia Ketiga.
5.       Tindak balas Malaysia;
a)       Meminta bantuan tentera negara Komanwel dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada.
b)       Mengadakan perjanjian pertahanan dengan Britain.
c)       Tunku Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu.
d)       Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatic antara Indonesia dengan Malaysia.

6.4        Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia

1. Cadangan Penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman (27 Mei 1961)
1. Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
2. Rundingan antara pegawai Persekutuan Tanah Melayu dengan British dari Sabah, Sarawak dan Singapura.
           
2. Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK)
1. Ditubuhkan di Singapura pada bulan Julai 1961 dan dipengerusikan oleh Donald Stephens.
2. Peranan Jawatankuasa ini ialah;
i). Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.
ii). Mengumpulkan pandangan penduduk.
iii). Menggalakkan kegiatan kea rah kewujudan Malaysia.

3. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold (16 Januari 1962)
1. Dianggotai oleh tiga orang pegawai British iaitu Lord Cobbold (Pengerusi), Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston.
2. Rakyat tempatan yang menyertai suruhanjaya ini ialah Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.
3. Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British.
4. Hasil laporan Suruhanjaya Cobbold ialah;
i) Satu pertiga menyokong gagasan tanpa syarat.
ii) Satu pertiga menyokong dengan syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
iii) Satu pertiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia.
5. Suruhanjaya Cobbold mengemukakan beberapa cadangan iaitu;
i) Perlembagaan Malaysia yang baharu berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
ii) Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.
iii) Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak.
iv) Pemberian nama Malaysia kepada negara yang baharu dibentuk.
v) Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
vi) Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

4. Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
1. Ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 dan dianggotai oleh wakil-wakil dari Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sarawak dan Sabah.
2. Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tun Abdul Razak.
3. Kedua-duanya mengungi Sarawak dan Sabah bagi menerangkan penubuhan Malaysia.
4. Bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam gagasan Malaysia.
5. Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

5. Perwakilan Malaysia ke PBB (16 Ogos – 5 September 1963)
1. Dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant.
2. Lawrence Michaelmore dari Amerika Syarikat bersama-sama tujuh orang wakil dari Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun dan Republik Arab Bersatu, meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
3. Mendapati majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.
4. Tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda pada 16 September 1963.

6.5      Perjanjian Malaysia
          
1.       Pada 9 Julai 1963, perjanjian Malaysia telah ditandatangani di Malborough House, London.
2.       Ratu Elizabeth II telah memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen British.
3.       Pada 26 Ogos 1963, Yang Di Pertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia.
4.       Pada 16 September 1963, negara Malaysia ditubuhkan secara rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.
5.       Akta Malaysia telah memperuntukkan:
a)       Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal luar.
b)       Agama Islam sebagai agama Persekutuan, kecuali Sabah dan Sarawak.
c)       Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
d)       Hak Sabah dan Sarawak dalam hal ehwal imigresen, perkhidmatan awam dan bilangan kerusi dalam perwakilan Parlimen.
e)       Keistimewaan bumiputera di Sarawak dan Sabah sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

Isnin, 9 Mei 2011

BAB 4 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia

BAB: 4 Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia



4.1        Malayan Union

            Sebab-Sebab Pengenalan Malayan Union

a.       Persediaan membentuk kerajaan sendiri iaitu diberi latihan berkerajaan sendiri dan sesuai dengan piagam Atlantik 1945.

b.       Mewujudkan pentadbiran licin iaitu menyatukan tiga unit pentadbiran yang meliputi Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

c.       Menjimatkan kos pentadbiran.

d.       Membentuk bangsa Malayan Union dengan memastikan sumber tenaga yang berterusan serta menguasai dan memajukan ekonomi Tanah Melayu.

e.       Mengawal kuasa politik orang Melayu dengan menguasai pentadbiran dan mengambil alih peranan raja dan pembesar Melayu.

           

            Ciri-Ciri Perjanjian Malayan Union 1946

a.       Antara syarat utama Perjanjian Malayan Union ialah:

                                                         i.            Semua Negeri-Negeri Melayu bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua buah Negeri selat disatukan.

                                                       ii.            Gabenor British mengetuai Malayan Union.

                                                      iii.            Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.

                                                     iv.            Singapura diasingkan kerana kepentingan sebagai pelabuhan bebas.

                                                       v.            Kewarganegaraan jus soli sebagai asas kerakyatan Malayan Union.

                                                     vi.            Raja-Raja Melayu hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

                                                    vii.            Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.



b.      Kerakyatan Malayan Union:

                                                         i.            Jus soli member kerakyatan kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura.

                                                       ii.            Mereka yang berumur 18 tahun ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun akan diberi kerakyatan.

                                                      iii.            Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas turut diberi kerakyatan.

                                                     iv.            Semua rakyat British daripada jajahan takluknya.



c.       Pentadbiran Malayan Union

                                                         i.            Melahirkan kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pentadbiran pusat.

                                                       ii.            Pentadbiran terus kepada Parlimen British di London.

                                                      iii.            Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 di King`s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur.

                                                     iv.            Gabenor pertama ialah Sir Edward Gent.

                                                       v.            Menggantikan Pentadbiran Tentera British yang dijalankan di Tanah Melayu sejak September 1945.



            Reaksi Terhadap Malayan Union

            Penentangan Orang Melayu

a.       Sir Harold MacMichael mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta sekiranya enggang menerima Malayan Union seperti Sultan Badlishah, Kedah.

b.       Sultan tidak diberi masa yang mencukupi untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.

c.       Sultan terpaksa menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.

d.       Orang melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union kerana: Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa. Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malaya Union. Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.

e.       Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang. Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil. Ekonomi dan pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur. Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka.



            Golongan yang Menyokong Malayan Union

a.       Orang dagang, kerana: Dengan dasar penyatuan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik akan melicinkan pentadbiran. Menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu. Kerakyatan Malayan Union yang terbuka mengekalkan kerakyatan masing-masing. Mempercayai janji dan harapan British yang akan member kemerdekaan kepada Tanah melayu.

b.       Golongan Melayu Radikal, kerana: Menolak sistem politik feudal. Mendukung penubuhan negara Melayu Raya dan bergabung dengan Indonesia Raya.

c.       Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong Malayan Union kerana: Pemerintahan bersifat Barat dan menghapuskan sistem feudal Melayu. Tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu. Konsep republic seperti di Indonesia dan konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan. Hal ehwal pentadbiran Islam dipermudahkan.

d.       Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS) menyokong Malayan Union.

e.       Pegawai tadbir Melayu menyokong Malayan Union kerana British merupakan kuasa besar dan yakin British boleh membangunkan Tanah Melayu.



            Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union

a.       Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara.

b.       Demonstrasi secara damai diadakan.

c.       Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula. Mereka menghantar surat bantahan.

d.       Dato` Onn Ja`afar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan U.M.O.

e.       Bersetuju menubuhkan UMNO dalam persidangan Kongres Melayu 1946.

f.        Kongres Melayu kedua membantah pengisytiharan Malayan Union.

g.       Rapat umum diadakan di bandar-bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British iaitu L. D. Gammans dan David Reese Williams.

h.       Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk mengemukakan bantahan.



4.2        Persekutuan Tanah Melayu



            Faktor-Faktor Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

a.       Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union.

b.       Perpaduan dalam kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat.

c.       Sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti, Sir Frank Swettenham, Sir R. O. Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi.

d.       Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti, Sir Malcom MacDonald, Sir Edward Gent dan L. D. Gammans.

e.       Sikap politik orang Melayu yang sederhana.

f.        UNMO tidak menuntut kemerdekaan daripada British.

g.       British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yang dikuasai oleh golongan radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS.

h.       Piagam Atlantik 1945 tidak menggalakkan penjajahan baharu.



            Langkah-Langkah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

a.       British menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang ahli terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu.

b.       Mereka mengadakan mesyuarat di King`s House, Kuala Lumpur.

c.       Lima tuntutan orang Melayu iaitu;

                                                         i.            Raja-Raja Melayu dan Umno menilak semua prinsip dan struktur Malayan Union.

                                                       ii.            Membentuk sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

                                                      iii.            Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.

                                                     iv.            Meminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan.

                                                       v.            Menuntut supaya status Raja-Raja Melayu dikembalikan.

d.       Perundingan ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmy.

e.       Orang dagang pula menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh Tanah Melayu.

f.        British bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perunding bangi mendapatkan pandangan dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.



            Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

a.       Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani antara Raja-Raja Melayu dengan British di King`s House, Kuala Lumpur.

b.       Pada 2 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dengan rasminya.

c.       Ciri-Ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah;

                                                         i.            Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.

                                                       ii.            Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

                                                      iii.            Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan.

                                                     iv.            Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.

                                                       v.            Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

                                                     vi.            Pembahagian kerakyatan Tanah Melayu kepada Raktay Raja Melayu dan Rakyat British.

d.       Kesan perjanjian tersebut ialah; Syarat kerakyatan diperketatkan. British mengiktiraf semula ketuanan Melayu. Institusi Raja Melayu dikekalkan.



            Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu 1948

a.       Sultan yang bersuara tegas terdiri daripada Sultan Badlishah (Kedah), Sultan Abdul Aziz (Perak) dan Sultan Ibrahim (Johor).

b.       Para pembesar yang bertindak sebagai penasihat raja.

c.       Pemimpin UMNO seperti Dato` Onn Ja`afar dan Dato` Nik Ahmed Kamil.

4.3        Pergerakan Politik di Sarawak dan Sabah

           

            Di Sarawak

a.       Vyner Brooke (raja terakhir Sarawak) telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British kerana beliau telah tua dan uzur.

b.       Penggantinya Anthony Brooke didapati tidak layak mentadbir Sarawak dengan baik.

c.       Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak.pemimpin dan persatuan kaum tempatan yang membantah ialah: Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak. Persatuan Melayu Sarawak dan Persatuan Dayak Sarawak.

d.       Mereka menentang Vyner Brooke kerana tindakannya telah bercanggah dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan berkerajaan sendiri.

e.       Keputusan dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka.

f.        Walaupun Vyner Brooke telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Negeri, tetapi sokongan anggota bukan bumiputera dan pegawai-pegawai British menyebabkan Sarawak diistiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota pada 1 Julai 1946 dan menyebabkan berlakunya penentangan secara terbuka.

g.       British telah mengeluarkan surat amaran iaitu Surat Pekeliling Bil. 9.

h.       Seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan.

i.         Penubuhan kumpulan Rukun Tiga Belas yang disertai oleh kaum terpelajar dan pemuda Sarawak.

j.         Sir Duncan Stewart, Gabenor Sarawak ditikam oleh Rosli Dhobi pada 3 Disember 1949. Rosli Dhobi dijatuhkan hukuman gantung.



            Di Sabah

a.       Kesedaran politik amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan.

b.       Persatuan sosioekonomi yang bersifat sedehana seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan. Persatuan Melayu jesselton dan Barisan Pemuda.

c.       Sabah dijadikan jajahan takluk British pada tahun 1946.

d.       Tidak ada penentangan yang nyata dan terbuka daripada penduduk tempatan.